LANGKAH 2. Selepas kami menerima email tempahan dari anda, kami akan mengirimkan email untuk tujuan pengesahan tempahan dalam masa 2 hari. Diminta agar anda dapat membalas email pengesahan tersebut dalam masa 2 hari juga.
LANGKAH 3. Depositkan wang tempahan ke dalam akaun MAYBANK kami dalam masa 3 hari. Sekiranya tiada sebarang jawapan dari anda, tempahan anda akan dibatalkan tanpa sebarang notis.
LANGKAH 4. Selepas anda selesai membayar tempahan, sila emailkan butiran pembayaran seperti tarikh transaksi, amaun wang dan dari bank mana anda deposit wang pembayaran. Sekiranya anda menggunakan perbankan internet (Maybank2u, CimbClick Etc.) Sila emailkan slip cetakan (print slip) tersebut kepada kami.
Terima kasih kerana tanpa anda siapalah kami Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi 013-4040432
Sebelum anda membuat tempahan, sila baca dan faham terma & syarat ini. 1. Tiada pembatalan tempahan selepas pembayaran dibuat.
Anda dibenar membuat perubahan tempahan sebelum pembayaran dilakukan.
2. Barangan yang dihantar adalah dalam keadaan baik.
3. Barang yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan.
4. Yuran penghantaran tidak termasuk. Sila maklum bahawa ada sedikit caj penghantaran bergantung kepada berat dan lokasi penghantaran.
5. Kami menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia. Kos penghantaran dalam semenanjung Malaysia adalah RM 6 untuk 500g pertama dan RM3 untuk 250g seterusnya. Bagi Sabah/Sarawak, RM9 untuk 500g pertama dan RM4 untuk 250g seterusnya. Sekiranya anda ingin perkhidmatan kurier, caj adalah tertakhluk kepada Syarikat Kurier berkenaan dan akan ditanggung oleh pembeli.
7. Pastikan alamat yang diberikan berpenghuni semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Laju kerana mereka memerlukan tandatangan penerima. Sekiranya tiada orang di rumah, anda perlu mengambil sendiri barangan di pejabat Pos Laju berdekatan.
8. Kami amat menggalakkan anda memilih sekiranya anda berada di sekitar Lembah Klang bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.
Beraneka kerepek daripada Ubi Kayu, Ubi Keledek, Ubi Kentang, Pisang dan perlbagai jenis boleh didapati di AMBOI KEREPEK .
Waduuh… Cakap pasal kerepek pulak? Kerepek memang popular sana sini. Makanan ringan yang paling popular lagi tradisional. Sejak dari zaman tok nenek dulu laa. Bahkan zaman jepun dulu kala makan kerepek ubi kayu, kerepek pisang dan lain-lain jenis kerepek yang dihasilkan oleh mereka yang berminat untuk sarapan sekeluarga atau untuk buat jualan.
Kini cara penghasilan kerepek sudah berbeza dari zaman tok nenek kita dulu nuuun. Ia sudah berubah dengan menggunakan mesin dan juga peralatan tambahan yang lain untuk memudahkan segala urusan menghasilkan kerepek dengan lebih cepat lagi.
Saya pasti ramai yang berminat dengan kerepek yang beraneka jenis yang merata-rata kat pasaran sekarang ini.
Anda boleh mendapatkannya secara pakej yang telah sedia dipasarkan dalam pek sederhana mahupun dalam bentuk belian borong dan boleh juga mengikut saiz tempahan pilihan anda.
No comments:
Post a Comment